penyusuan ibu |
Bagaimana Susu Ibu Terhasil?
Payudara ibu mempunyai tisu-tisu penghubung dan lelemak, yang berfungsi untuk menyokong dan melindungi kawasan payudara yang menghasilkan susu. Susu ibu terhasil dari sel-sel alveoli, dikeluarkan melalui saluran susu terus ke ‘milk sinuses‘ (tempat takungan susu) yang terletak di belakang areola (kawasan berwarna gelap di payudara).
Penyusuan susu ibu adalah proses “supply and demand“. Lebih banyak permintaan susu, maka lebih banyak susu ibu akan terhasil.
Pemakanan penggalak susu (milk booster)
Antara cara untuk menambah susu badan adalah melalui pemakanan. Terdapat pelbagai makanan/tumbuhan yang dikelaskan sebagai penggalak susu/milk booster. Antaranya ialah:
- Lobak putih
- Buah longan kering
- Rebus longan kering bersama kurma kering, kismis atau barli. Lebih sedap jika dimasukkan sedikit gula merah.
- Kurma
Pucuk betik/Betik muda
- Pucuk betik atau betik muda boleh dimakan mentah dan dimakan bersama nasi sebagai ulam-ulaman.
Halba/Fenugreek
- Rendam sedikit halba dengan air suam dan minum airnya. Boleh juga diletakkan di dalam masakan seperti sup, kari atau nas
Moringa/murunggai/pokok kelor
- Pokok murunggai terkenal di kalangan masyarakat India dan dikenali sebagai pokok kelor dalam masyarakat Melayu kita. Selain menambah susu ibu ia juga sesuai dimakan ketika sakit tekak ataupun selesema. Boleh didapati dalam bentuk kapsul dan uncang teh.
Jantung pisang
- Boleh di celur dan dimakan seperti ulam-ulaman atau dimasak gulai lemak.
Daun cekur manis/pucuk manis
- Sedap dimasak gulai lemak sepertimana ulam jantung pisang.
Kacang soya
- Makanan berasaskan kacang soya seperti air soya, tempe atau tauhu diketahui umum berupaya menambah pengeluaran susu ibu. Walaubagaimanapun, pengambilan susu soya buatan sendiri adalah tidak digalakkan kerana kemungkinan besar anda akan terdedah kepada kesan negatif kacang soya yang tidak diingini
Pengambilan Air
- Haruslah diingat bahawa ibu menyusu mestilah kerap meminum air kosong supaya tidak mengalami dehidrasi atau kekurangan air dalam badan. Dehidrasi boleh membuatkan susu ibu menjadi kurang. Oleh itu, ibu menyusu haruslah meminum air masak (plain water) sekurang-kurangnya 3 liter sehari.
Pemakanan seimbang
- Pemakanan ibu menyusu haruslah seimbang seperti mana yang disarankan dalam piramid kesihatan. Lebihkan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan dalam diet seharian. Selain matlamat menyusukan bayi, para ibu haruslah menjaga kesihatan diri.
Urutan perlahan yang betul pada susu dada ibu mengikut gambarajah dan langkah-langkah dibawah ini.Ia bertujuan mempercepatkan proses pengeluaran air susu ibu.
Urutan perlahan susu ibu |
Psikologi
Dari sudut psikologi pula, para ibu berfikiran positif dengan beranggapan bahawa susu ibu yang dihasilkan adalah mencukupi untuk bayi. Elakkan dari stress atau tekanan kerana ia akan mempengaruhi pengeluaran susu ibu. Sentiasa tetapkan dalam minda yang mengatakan bahawa susu saya cukup untuk bayi saya.
Kekerapan mengepam
- Pengeluaran susu ibu adalah berdasarkan kepada konsep DEMAND VS SUPPLY. Apabila anda semakin kerap menyusukan atau mengepam susu, otak mendapat signal untuk menghasilkan lebih banyak susu untuk bayi anda. Mengepamlah dengan konsisten tanpa menunggu payudara bengkak/breast penuh. Lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu ibu yang akan terhasil. Sebaik-baiknya mengepamlah setiap 2-3 jam sekali terutamanya semasa bayi tiada bersama anda.
Guna milk booster
Rata-rata ibu pasti akan mencari milk booster untuk atasi masalah ini. Namun perlu diingat, jangan bergantung 100% kepada milk booster. Mengepam secara konsisten dan pengambilan air yang cukup adalah penting bagi membawa pulang susu yang cukup untuk anak
Supplemen Shaklee
Saya sarankan anda mengambil supplemen yang telah diuji oleh saintis shaklee.Ia dijamin semulajadi,berkesan dan halal.Ia dapat membantu anda meningkatkan penghasilan susu secara semulajadi dan bebas bahan kimia.
Set penyusuan shaklee yang selamat |
Jika anda berminat dengan produk kami.sila hubungi pengedar shaklee yang berdaftar
Facebook: Jane's health beauty secret
Jennifermunan666@gmail.com
COD : Area Miri dan kawasan berdekatan
dan seluruh malaysia
No comments:
Post a Comment