How to order

Sunday 26 October 2014

Motivasi diri


Motivasi anda!

Motivasi diri adalah salah satu resepi atau rahsia untuk berjaya, kunci kejayaan matlamat dan impian semua orang. Ramai antara kita beranggapan dengan cara menulis impian saja dapat membantu teus anda berjaya.
 Anda perlu tahu banyak langkah-langkah anda harus cuba untuk mendapatkan impian anda berjaya dan tercapai dnegan cemerlang.Antaranya ialah:

 Mencipta Sokongan
  Keluar lepak santai bersama kawan yang boleh bantu. Anda boleh cipta sokongan dengan share apa yang anda nak buat dengan seseorang yang anda fikir boleh support anda. Minta dia semak progress anda. Secara tak langsung, anda dah ada motivasi dari luar dan ada seseorang yang boleh ingatkan anda.

  Mereka sentiasa mengingatkan anda apa perkara yg anda nak capai dan kenapa anda nak capai perkara itu. Ia lebih berkesan daripada anda sentiasa dimarahi.

Cara lain yang berkesan adalah bina group mastermind. Group ni adalah sekumpulan rakan yang ada misi dan visi yang lebih kurang sama macam kita. Dalam group ni, anda boleh bincang masalah dan cara nak selesaikan masalah yg anda hadapi untuk capai target.Melalui Whatsaap group,Facebook dan sebagainya.

Peluang Untuk berjaya dalam tangan anda

 Vision Board Anda

Vision Board adalah satu jenis koleksi gambar apa-apa perkara yang anda nak capai dalam hidup. Gambar itu ditampal pada dinding atau dalam jurnal kecemerlangan anda supaya anda boleh tengok ia dan visualisasi / bayangkan setiap hari. Minda kita merakamnya dalam gambar dan sebab itulah Vision Board sangat berkesan dalam memotivasikan kita.

Contoh dengan memaparkan motosikal idaman anda di Wallpaper skrin handphone anda!
carilah gambarnya dalam majalah atau mana-mana sumber dan gunting. Tampal pada Vision Board anda. Biasakan diri untuk tengok Vision Board dan visualisasi / bayangkan bayang anda dah capainya setiap hari.

Teknik ni sangat berkesan kerana ia bantu untuk cipta keinginan kepada apa yang kita nak capai dalam minda melalui penggunaan minda. Lebih kerap anda fikir apa yang anda nak capai dalam hidup ini, lebih tinggi peluang anda capai impian itu.

Dengan membayangkan anda memandu kereta idaman anda dan tinggal dalam rumah idaman, anda akan terus rasa termotivasi serta-merta. Bukan setakat gambar kereta dan rumah, anda boleh masukkan apa-apa gambar lain seperti destinasi impian untuk dilawat. Cubalah apa-apa pun dengan kreativiti masing-masing dan alaminya sendiri.

 Catit Impian Anda SETIAP HARI

Jika anda tahu,terdapat satu cara paling menarik yang boleh buatkan anda sentiasa termotivasi.

Culis target anda setiap hari.Hanya ambil buku nota kecil atau menggunakan handphone ipad dan tulis.lakukannya setiap hari. Anda akan takjub dengan keberkesanan cara ini.  Apabila anda tulis setiap hari, anda sebenarnya mengingatkan diri anda apa yang anda nak capai dalam hidup ni.

Anda telah mengambil langkah pertama untuk tekad nak capai juga target anda bila anda tulis ia di atas kertas. Jika anda bangun tidur terus tulis target yang nak capai dan terus fikir bagaimana nak capai, boleh bayangkan tak betapa hebatnya kesannya nanti?

capai impian dengan usaha gigih


Sistem token

Guna token untuk motivasi diri anda. Sama macam konsep naik gaji boleh motivate pekerja, begitu juga sistem hadiah untuk diri sendiri. Sebagai contoh, jika anda boleh capai sesuatu dalam target untuk hari ini, anda boleh hadiahkan diri anda dengan tengok wayang, main game, keluar dengan kawan dan lain-lain.

Bila guna strategi ini, anda dah set dalam minda bahawa ada hadiah menanti jika anda capai target. Macam-macam cara anda boleh reward diri sendiri, ikutlah kreativiti sendiri. Tak semestinya kena berbelanja besar, tetapi buat sesuatu yang menyenangkan dalam kemampuan anda sendiri selagi ia boleh bagi motivasi untuk anda.Contoh,beli 1 handbag bonia untuk diri sendiri.

Katakan TIDAK dengan penyakit alasan
Jadikan Kisah Orang berjaya Inspirasi anda.

Ia adalah cara effektif dan sangat terbukti untuk memotivasi diri sendiri. Bacalah cerita-cerita inspirasi mereka yang sudah berjaya. Sebab tu membaca adalah penting kerana bila anda membaca cara mereka atasi cabaran dan akhirnya berjaya atas usaha anda sendiri.

Jika anda tidak suka membaca, anda boleh cari video. Boleh cari video temuramah mereka di Youtube boleh juga memberi kesan. Anda juga boleh temuramah orang-orang berjaya dalam industri anda dikalangan kawan-kawan dan orang terdekat. Selidik cara mereka mencapai kejayaan dan anda juga dapat capai seperti mereka.Ini lah yang saya lakukan semasa saya baru sahaja berjinak dengan produk shaklee.

 Fokus

Fokus dalam membuat sesuatu.Untuk memenuhi kehendak manusia memang sukar jika tiada usaha yang gigih.Tidak salah jika anda perlu kerap berangan dan membayangkan pencapaian yang anda kehendaki. Fikir sejenak tentang ayat-ayat membina yang memberi semangat, ia adalah motivasi anda. Kita mesti sentiasa ada target dalam minda dan bersikap positif sepanjang masa.

Berdoa mengikut agama masing-masing

Anda perlu meluangkan masa sedikit untuk beribadah kepada Tuhan.Panjatkan kesyukuran dan mendapatkan berkat dari-Nya.Tidak kira apa agama sekali pun,saya percaya setiap yang berjaya disebabkan pertolongan dari Atas.
Oleh itu,saat suka dan duka anda perlu meluangkan masa "berkomikasi" dengan-Nya supaya kita sentiasa diberi berkat.

Jika anda ingin berkongsi kejayaan anda bersama Shaklee Family
Sila hubungi pengedar Shaklee berdaftar

                                          Facebook: Jane's health beauty secret
                                          Jennifermunan666@gmail.com

No comments:

Post a Comment