How to order

Wednesday 22 October 2014

Tips sistem tubuh sihat dan cergas sepanjang masa

Sihat dan cergas sepanjang masa
Tips sistem tubuh sihat dan cergas sepanjang masa.Antara tips yang saya ingin kongsikan seperti berikut:
  • Jika anda perokok.Berhenti merokok. Merokok boleh menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan seperti batuk akibat merokok, masalah pernafasan, masalah hati, hipertensi dan kanser. Sukar untuk berhenti? Lakukannya demi orang tersayang kerana perokok pasif juga mengalami kesan yang sama! Berhenti merokok akan memperbaiki kesihatan dan menjimatkan wang anda.
  • Kawal emosi dan berfikiran positif. Tarik nafas dalam-dalam. Kira hingga sepuluh sebelum anda hilang sabar atau naik berang. Kurangkan stress dengan senaman, meditasi dan yoga. Ajaklah seseorang untuk menemani anda.
  •  Untuk meningkatkan kesihatan seksual, Zinc complex boleh diambil sebagai suplemen.Ia meningkatkan keing*inan seks, melegakan keletihan dan stress untuk kesihatan seksual yang lebih baik.
  •  Sekiranya anda sudah menopaus, ketahui ketumpatan jisim tulang dengan membuat pemeriksaan status tulang di farmasi. Ketumpatan tulang yang rendah mengakibatkan osteoporosis dan meningkatkan risiko keretakan tulang. Walau bagaimanapun, masih belum terlewat untuk mengambil kalsium, magnesium, zink, mangan dan vitamin D untuk mengekalkan kesihatan tulang. Gabungkan dengan asid lemak perlu omega untuk kesan yang lebih baik!.
  • Kajian menunjukkan pengambilan zink membantu mengekalkan kesihatan prostat. Zink complex mengandungi lebih daripada 300 enzim yang diperlukan untuk membaiki luka dan mengelakkan parut. Pengambilan zink sebanyak 15mg sehari bermanfaat untuk menguatkan akar dan mengelak keguguran rambut. Zink boleh diperolehi daripada daging merah, ayam, tiram, kekacang, bijian, sesetengah makanan laut, bijirin penuh dan makanan bijirin yang diperkaya.
  • Banyakkan minum air untuk menahan selera makan anda. Anda mungkin kehilangan berat badan kerana ia mengurangkan pengambilan makanan. Minum sekurang-kurangnya 3 liter atau lapan gelas air sehari untuk memastikan tubuh dapat berfungsi dengan baik. Air membantu membersih dan membuang toksik dan mengekalkan kecantikan kulit.
  •  Tidak mengambil sarapan atau mengurangkan pengambilan kalori tidak membantu mengawal berat badan dalam jangka panjang. Ambil sarapan secara sihat dan makan malam yang ringan kerana metabolisme memuncak pada waktu pagi dan menurun menjelang malam.
  • Elakkan daripada mengambil makanan bergoreng dan karbohidrat ringkas. Pilihlah salad, mi sup, sayuran atau bubur ikan, buah-buahan dan teh herba.
  • Setiap sejam bekerja, ambil 5 minit rehat dengan membuat regangan, berjalan atau bermeditasi. Cara itu boleh meningkatkan aktiviti fizikal dan produktiviti serta rasa lebih baik sepanjang hari. Vitamin B complex Shaklee juga membantu mengekalkan tenaga dan meningkatkan prestasi di tempat kerja.
  • Sebelum bangun dari katil pada waktu pagi, lakukan 5 kali senaman perut. Tambahkan bilangannya setiap hari sehingga mencapai 50. Selain membakar lemak, otot abdomen anda menjadi padat dan cantik .
  •  Senaman adalah cara terbaik menyingkir toksik secara semula jadi yang sama penting dengan diet yang baik. 
  •  Berjalan adalah senaman terbaik dan mudah untuk mengelakkan osteoartritis. Manfaatnya termasuklah menguatkan otot kaki, pinggul dan torso, memperbaiki keanjalan dan postur serta menguatkan tulang
  • Lakukan aktiviti berkumpulan dengan memilih tempat yang memberi intensiti dan ketahanan lebih tinggi setiap aktiviti bagi meningkatkan stamina. Kumpulan 3-4 orang sesuai untuk mengeratkan hubungan selepas sibuk bekerja. Lakukannya sambil mendengar muzik, mungkin membuatkan anda lebih bersemangat.
  • Senaman berterusan membantu mengawal obesiti yang menyumbang pelbagai penyakit seperti jantung, diabetes, peningkatan paras trigliserida dan sakit sendi. Stabilkan kecergasan dan berat badan sihat membantu memanjangkan jangka hayat dan meningkatkan kualiti kehidupan.
  • Lakukan ibadah mengikut agama masing-masing dengan berdoa untuk mendapatkan kesihatan yang kekal. 
Jika anda berminat dengan produk kami.Sila hubungi pengedar shaklee berdaftar
 
                                           Facebook: Jane's health beauty secret
                                            Jennifermunan666@gmail.com


                                             COD : Area Miri dan kawasan berdekatan
                                                            dan seluruh malaysia

    No comments:

    Post a Comment