How to order

Friday 28 November 2014

Penjagaan gusi dan gigi yang salah

Kurang menjaga kebersihan gigi salah satu faktor masalah gigi selain daripada tabiat yang dilakukan sehari-hari atau penjagaan gusi dan gigi yang salah. Berikut terdapat lima tabiat yang mungkin anda selalu lakukan tanpa disedari yang mana perlu dijauhi bagi melindungi kesihatan gigi.
Kecederaan gigi dan gusi

MEMBERUS DENGAN KUAT

Pemilihan berus gigi yang lembut dan selesa adalah sangat penting.MENGGUNAKAN berus gigi yang keras dan ditambah tekanan yang diberi semasa memberus boleh menjejaskan pelindung enamel. Jika itu berlaku, gigi menjadi sensitif serta menyusutkan gusi. Jadi, gunakan berus yang lembut untuk menggosok dan lakukan gerakan secara membulat selama dua minit. Disarankan menggunakan berus elektrik yang boleh memberus ke bahagian sukar dan membantu membuang lebih banyak plak berbanding berus gigi biasa.

UBAT GIGI YANG SALAH

Beberapa jenis ubat gigi terutama yang mengandungi tartar control bersifat tajam yang mana boleh menghakis enamel dan menyusutkan gusi. Bagi melindungi gigi, belilah ubat gigi yang mempunyai kandungan fluorida.

JADIKAN GIGI SEBAGAI ALAT

RAMAI yang gemar mengoyak bungkusan makanan ringan atau melonggarkan ikatan dengan menggunakan gigi. Tabiat itu sebenarnya boleh menyebabkan gigi retak dan pecah serta merosakkan tampalan sedia ada. Malah, mengunyah ais dan menggigit makanan yang keras seperti gula-gula juga boleh merosakkan gigi.

Pengambilan minuman BANYAK SODA

MINUMAN bersoda mengandungi asid fosforik yang boleh menghakis gigi. Disebabkan itu, sebaik-baiknya gunakan straw semasa minum soda bagi meminimumkan hubungan antara soda dan gigi. Pastikan juga, kamu memberus gigi selepas itu.

Ambil ringan terhadap masalah gigi

GUSI berdarah dan nafas berbau yang kronik adalah petanda penyakit gusi. Untuk melawan nafas berbau, banyakkan minum air kosong bagi mengekalkan kelembapan dalam mulut dan hapuskan bakteria berlebihan. Bagi mengelakkan pendarahan pada gusi, gosok dan flos gigi setiap hari. Flos gigi juga dapat mengeluarkan plak.


Disini saya ingin kongsikan sedikit tentang supplemen yang boleh membantu gigi dan gusi yang sihat.

Supplemen Shaklee!Kenapa? Ia telah dibuktikan dan telah diuji secara klinikal.


Ostematrix
Merawat gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.
Sustained Release Vita-C 500mg
Berfungsi untuk memperbaiki simptom pendarahan. Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah.







Jika anda ingin menempah/mengetahui lebih lanjut tentang produk ini.Sila hubungi saya selaku pengedar Shaklee berdaftar.


Facebook: Jane's health beauty secret
    Jennifermunan666@gmail.com

1 comment:

  1. hi sis,

    tq for the info. kenapa ya semasa pregnant mudah gigi berdarah?

    ReplyDelete