How to order

Thursday 20 November 2014

Tips untuk keselamatan diri ( wanita )

Sejak kebelakangan ini,banyak kes rompakkan,pencuri,rogol dan samun di negara kita.Peratusan kes jenayah ini semakin meningkat dan mangsanya adalah kaum hawa.Kenapa? adakah perempuan lemah?Takut?
Cara mempertahankan diri daripada penyerang.

Disini saya ingin kongsikan sedikit tentang tips untuk keselamatan diri bagi wanita.

1. Parking area– tempat ini memang merupakan kegemaran penjenayah terutamanya kawasan parking bawah tanah (basement parking) kerana ianya sunyi dan tertutup.Atau kawasan lapang yang terletak jauh dari shopping mall dan tempat kerja.
• Sekiranya anda meletak kenderaan di kawasan parking bawah tanah,letak kenderaan anda berhampiran dengan pintu untuk ke lif/tangga bagi mengurangkan masa berjalan di kawasan parkir,sekaligus mengurangkan risiko anda diekori.
• Pastikan kunci kereta sudah berada di tangan sebelum anda sampai ke kawasan parkir.
• Peka dengan keadaan sekeliling sewaktu berjalan ke kereta. Jangan leka (contohnya berbual/menaip mesej di telefon,membaca facebook,mencari sesuatu di dalam beg) kerana anda tidak akan dapat bersedia dalam keadaan anda sibuk melakukan hal lain.

Berkait: Warn your kids about sexual predators!
• Sekiranya anda terasa seperti diekori sewaktu berjalan,bunyikan alarm kereta bagi menarik perhatian orang dan menakutkan si penyangak yang mungkin memang sedang mengekori anda.
• Kunci pintu sebaik sahaja masuk ke dalam kereta.

Berkait: Increase of Rape Cases in Malaysia
Berjalan di kawasan sunyi
• Bagi kaum wanita,payung juga boleh digunakan sebagai alat untuk menyelamatkan diri – bukan daripada hujan,tetapi daripada serangan penjenayah.
• Jika diekori,pergi ke tempat yang ramai orang walaupun anda terpaksa menyimpang dari laluan sebenar.
• Sekiranya berada di dalam bangunan,guna lif untuk ke tingkat lain. Walaupun menaiki tangga adalah satu senaman hebat, tetapi ia bukanlah pilihan yang tepat sekiranya anda bersendirian. Kecualilah jka tangga itu berada di kawasan terbuka di dalam bangunan seperti di lobi/foyer.

Berkait: Women sexually harassed through erotic messages
Menaiki teksi bersendirian pada waktu malam
• Ambil nombor pendaftaran teksi yang anda naiki. Sebaik menaiki teksi, telefon ahli keluarga atau kawan anda untuk memberitahu mereka tentang teksi yang anda naiki. Sekiranya panggilan anda tidak berjawab,pura-pura sahaja bercakap di telefon supaya pemandu teksi itu tahu yang ada orang lain sudah tahu tentang teksinya dan sekiranya dia mempunyai niat jahat,tentunya dia akan berfikir berpuluh kali sebelum melakukannya.
• Jika pemandu teksi menyimpang dari laluan yang sepatutnya,jerut lehernya menggunakan tali beg tangan anda atau kolar bajunya sendiri. Tarik kolar bajunya sekuat hati kerana dia akan tercekik dalam beberapa saat sahaja.

Berkait: Casanova targets housewives
Sekiranya diserang
Malang tidak berbau.Jika anda tiba-tiba diserang,perkara paling penting adalah jangan panik. Otak kita tidak dapat berfikir dengan baik dalam keadaan panik. Ada beberapa tips untuk anda sekiranya anda diserang ketika bersendirian:
Attack anggota badannya yang tertentu. Mata,bahagian kemaluan,leher – ini adalah anggota badan yang paling lemah apabila diserang. Cucuk mataya atau sembur dengan pepper spray,tendang bahagian kemaluannya,jerut lehernya dengan sekuat hati.
 Tarik perhatian orang. Jeritlah “Api!” dan bukannya “Tolong!”. Orang ramai lebih tertarik untuk melihat ‘kebakaran’ daripada mendedahkan diri kepada risiko keselamatan jika mereka membantu orang yang meminta “Tolong!”.
Langgar pokok atau tiang jika tiba-tiba ada orang jahat masuk ke dalam kereta anda ketika anda sedang memandu. Ini akan menarik perhatian orang. Jangan bimbang, beg udara kereta anda akan menyelamatkan anda daripada kecederaan teruk. Kereta tiada beg udara? Adalah lebih baik cedera ringan daripada dicederakan dengan lebih teruk. 
Catit contact nombor yang penting contoh jiran tetangga,polis,bomba atau hospital untuk menyenangkan anda mendapatkan bantuan kecemasan jika perlu.
Belajar ilmu mempertahankan diri.Hadiri kelas mempertahankan diri bagi mempelajari tips atau cara keselamatan diri anda.
CCTV dan Alarm system di rumah.Bagi yang berkemampuan,laburkan sedikit duit untuk pemasangan CCTV dan alarm system dikawasan dan dalam rumah anda.Untuk memastikan ia lebih selamat sambungkan dengan Apps terkini bagi memantau keadaan rumah anda jika anda tiada dirumah.
Kes rogol

Elak pakaian Sexy dan mendedahkan.Ini adalah satu faktor utama penjenayah dalam kes rogol jika anda berpakain tidak cukup kain.so elakkan!

Semoga tips untuk keselamatan diri ini dapat membantu anda dan sama-sama lah kita berhati-hati walaupun dimana berada.Selamat membaca.:)

No comments:

Post a Comment