How to order

Sunday 7 December 2014

Apa itu makanan yang selamat?

Apa itu makanan yang selamat?

Makanan yang selamat ialah makanan yang bebas dari pencemaran. Penyediaan makanan yang selamat adalah penting untuk mencegah keracunan makanan.
Cuci bersih makanan mentah dengan air yang bersih


Fakta penting anda perlu tahu:

Bakteria keracunan makanan boleh dipindahkan kepada orang lain dalam sesuatu masa.( jangkitan silang)
Bakteria keracunan makanan ini boleh ditemui di hidung, mulut, tangan, usus dan luka yang dijangkiti kuman
Bakteria keracunan makanan ini boleh disebarkan oleh orang yang menyediakan makanan melalui bersin, batuk ke dalam makanan dan dengan menyentuh makanan.
Kebanyakan wabak keracunan makanan timbul akibat dari pencemaran makanan semasa makanan disediakan oleh orang yang menyediakan makanan tersebut.


Apa yang perlu saya buat untuk memastikan penyediaan makanan yang selamat?

Cuci tangan dengan cara yang betul selepas dan sebelum pengendalian makanan


  • Menjaga kebersihan diri
  • Basuh tangan dengan betul, apabila anda selesai:
  1. Selepas keluar dari tandas
  2. Mengendalikan sisa makanan
  3. Selepas makan, merokok atau menghembus hidung
  4. Selepas mengendalikan bahan mentah dan sebelum menyajikan makanan
  • Pastikan kuku sentiasa bersih dan pendek
  • Pakai pakaian yang bersih dan penutup kepala
  • Balut luka dengan pembalut luka yang kalis air
  • Tanggalkan semua perhiasan seperti cincin, gelang dan jam tangan sebelum menyediakan makanan
  • Amalkan tabiat yang sihat apabila menyediakan makanan
  • Gunakan sudu, garpu atau penyepit (tong) untuk menyajikan makanan
  • Gunakan kain/tuala yang berasingan untuk mengelap tangan, meja dan peralatan makan
  • Gunakan papan pemotong yang berasingan untuk bahan mentah dan yang telah dimasak

Elak daripada berbuat seperti dibawah:

  • Meludah, mengorek hidung atau telinga semasa menyediakan makanan
  • Makan, merokok atau mengunyah gula-gula getah atau sirih semasa menyediakan makanan
  • Batuk atau bersin ke arah makanan
  • Menyentuh bahagian dalam permukaan pinggan, cawan atau gelas semasa menghidang makanan.
  • Menjilat jari semasa menyediakan makanan
  • Menggaru kepala semasa menyediakan makanan
  • Menghembus udara ke dalam beg, pembungkus atau bekas yang digunakan untuk makanan dan minuman
  • Merasa makanan dengan jari atau sudu yang tidak dibasuh
  • Menggunakan tangan untuk menyajikan makanan
  • Menggunakan bahan bercetak seperti kertas surat khabar untuk membungkus makanan
  • Menggunakan peralatan seperti pinggan, cawan dan piring yang pecah, retak atau rosak

No comments:

Post a Comment