How to order

Wednesday 10 December 2014

5 faktor penyebab anda perlu kerja sampingan dirumah.

Kenaikkan harga minyak kereta menyebabkan belanjawan isi rumah semakin meningkat. Harga minyak naik, harga keperluan barangan lain pun turut meningkat.Bagaimana anda mengatasi masalah kewangan yang kian tinggi?Saya sarankan anda mulalah berjinak dengan kerja sampingan secara online.
kerja sambilan secara online

5 faktor penyebab anda perlu kerja sampingan dirumah.


1. Masa fleksible.

Memilih bekerja sambilan di rumah akan memudahkan kita untuk meluangkan masa bersama keluarga. Kerja yang dilakukan boleh kita lakukan bila-bila masa. Tidak seperti kita bekerja lebih masa. Masa kita bersama keluarga akan terhad.Perhatian terhadap keluarga juga kurang.Berkerja dirumah juga mengurangkan stress atau tekanan secara langsung atau tidak langsung.
Dapat meluangkan masa bersama keluarga

2. Backup pendapatan semasa kecemasan

Kerja sambilan di rumah dapat dijadikan sebagai backup pendapatan atau pekerjaan anda.Sekiranya berlaku kecemasan atau bantuan secara mengejut anda ada sedikit sebanyak belanja untuk kegunaan kecemasan.contohnya anda mengalami kemalangan yang melibatkan cedera memerlukan wang untuk pembiayaan perubatan anda.

3. Menambah pendapatan

Menjadi blogger yang dibayar
Kerja lebih pendapatan pun lebih. Jadi bagi anda yang mahu menambah pendapatan kerja sambilan di rumah adalah pilihan yang tepat. Kenaikkan harga barang memang sukar untuk di kawal.
Seperti saya yang sudah berkeluarga,saya memerlukan wang yang lebih untuk membantu suami membeli susu anak-anak dan keperluan dapur sebagainya.Dengan kerja sambilan dirumah sedikit sebanyak membantu saya dalam masalah kewangan.

4. Mengisi masa lapang / masa menganggur

Bagi mereka yang banyak masa lapang terutama surirumahtangga atau masih menganggur kerja sambilan di rumah adalah alternatif yang baik. Isi masa lapang anda dengan melakukan pekerjaan yang boleh mendatangkan pendapatan.
Para penganggur yang belum mendapat kerja tetap seperti lepasan Universiti dan lepasan sekolah. Ini adalah peluang anda untuk menambahkan pendapatan dengan kerja sambilan di rumah.

5. Mulakan tanpa modal.

Apa yang menarik perhatian saya tentang bekerjasambilan melalui online. Anda boleh mulakan dengan tanpa modal. Dengan berkembangan dunia internet. Antara perkara yang anda boleh lakukan untuk bekerja di rumah ialah berniaga atau memberikan perkhidmatan mengikut bakat anda.

Kesimpulan.

Oleh kerana kerperluan harian kita semakin meningkat serta kenaikan harga barang yang memang sukar untuk dikawal ia menjadi satu faktor kewajipan kita untuk bekerja sambilan. Sama ada secara online atau offline.Terpulang kepada anda mengikut keselesaan masing-masing.Jika anda seperti saya,saya laburkan sedikit duit untuk pemasangan line internet bagi memudahkan urusan jual beli melalui internet.Selamat mencuba!

Jika anda ingin menempah/mengetahui lebih lanjut tentang produk ini dan ingin menjana pendapatan lebih 4 angka.Sila hubungi saya selaku pengedar Shaklee berdaftar.


Facebook: Jane's health beauty secret
    Jennifermunan666@gmail.com

        COD : Area Miri dan kawasan berdekatan
 dan seluruh malaysia

No comments:

Post a Comment