How to order

Friday, 28 November 2014

Hypertensi pembunuh secara SENYAP!

Pemeriksaan tekanan darah secara manual
Hypertensi pembunuh secara SENYAP! yang mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat. Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan III menunjukan peratus kejadian penyakit ini adalah 32.3%.

Apa itu TEKANAN DARAH?

Jantung anda bekerja seperti sebuah pam yang mengecut dan rehat. Tekanan darah diukur dalam dua bacaan contohnya 140/75.

Bacaan normal dan abnormal tekanan darah


FAKTOR PENYEBAB TEKANAN DARAH TINGGI ATAU HYPERTENSI:

  1. Penyakit buah pinggang
  2. Ubatan seperti steroid, ubat antiradang bukan steroid
  3. Faktor keturunan
  4. Alkohol dan merokok boleh meningkatkan risiko komplikasi hypertensi (termasuk penyakit jantung dan strok/angin ahmar)
Tanda dan simtom
Selalunya, hypertensi tidak menunjukan sebarang tanda dan gejala.
Kadang-kadang pesakit mungkin mengalami tanda-tanda yang tidak spesifik seperti pening atau sakit kepala.
Periksa tekanan darah anda secara berkala di Klinik Kesihatan berdekatan. Doktor akan menasihatkan anda tentang kekerapan untuk memeriksa tekanan darah.

Komplikasi


Ia akan  menyebabkan tekanan keatas organ-organ penting terutamanya otak, jantung, buah pinggang dan mengakibatkan kerosakan. Jenis kerosakan bergantung kepada berapa lama dan berapa cepat tekanan darah meningkat.

Peningkatan mendadak tekanan darah boleh menyebabkan kekeliruan, khayal, sawan dan kematian, maka hendaklah dirawat segera
Tekanan darah tinggi berterusan. Tekanan berterusan keatas organ-organ tubuh akan menyebabkan :-

1. Jantung- menyebabkan kegagalan jantung, serangan jantung dan 
kematian
2. Pembuluh darah- pembuluh darah menjadi keras
3. Buah pinggang- mengakibatkan kegagalan buah pinggang
4. Mata- pendarahan dan kerosakan pada kawasan sensitif cahaya 
dalam mata
5. Otak- strok/angin ahmar

Semua komplikasi di atas dapat di cegah jika anda mendapatkan rawatan awal.

RAWATAN

Tekanan darah tinggi anda boleh di rawat secara rawatan
tanpa ubatan & ubatan 

  1.  Anda perlu mengubah cara hidup seperti Kurangkan pengambilan garam
  2. Meningkatkan aktiviti-aktiviti fizikal
  3.  Mengurangkan berat badan jika berlebihan melalui senaman dan pemakanan
  4. Berhenti merokok dan pengambilan alkohol
  5. Bijak mengendalikan stress dirumah atau tempat kerja.
  6. Pemilihan supplement yang bijak dengan mengetahui keberkesanan  supplemen tersebut.Saya sarankan anda mengambil SET ANTI Hypertensi  produk shaklee.Ia telah diuji secara klinikal.Ternyata BERKESAN,SELAMAT,HALAL DAN SEMULAJADI.
Jika anda ingin menempah/mengetahui lebih lanjut tentang produk ini.Sila hubungi saya selaku pengedar Shaklee berdaftar.
Facebook: Jane's health beauty secret
    Jennifermunan666@gmail.com

Thursday, 20 November 2014

Tips untuk keselamatan diri ( wanita )

Sejak kebelakangan ini,banyak kes rompakkan,pencuri,rogol dan samun di negara kita.Peratusan kes jenayah ini semakin meningkat dan mangsanya adalah kaum hawa.Kenapa? adakah perempuan lemah?Takut?
Cara mempertahankan diri daripada penyerang.

Disini saya ingin kongsikan sedikit tentang tips untuk keselamatan diri bagi wanita.

1. Parking area– tempat ini memang merupakan kegemaran penjenayah terutamanya kawasan parking bawah tanah (basement parking) kerana ianya sunyi dan tertutup.Atau kawasan lapang yang terletak jauh dari shopping mall dan tempat kerja.
• Sekiranya anda meletak kenderaan di kawasan parking bawah tanah,letak kenderaan anda berhampiran dengan pintu untuk ke lif/tangga bagi mengurangkan masa berjalan di kawasan parkir,sekaligus mengurangkan risiko anda diekori.
• Pastikan kunci kereta sudah berada di tangan sebelum anda sampai ke kawasan parkir.
• Peka dengan keadaan sekeliling sewaktu berjalan ke kereta. Jangan leka (contohnya berbual/menaip mesej di telefon,membaca facebook,mencari sesuatu di dalam beg) kerana anda tidak akan dapat bersedia dalam keadaan anda sibuk melakukan hal lain.

Berkait: Warn your kids about sexual predators!
• Sekiranya anda terasa seperti diekori sewaktu berjalan,bunyikan alarm kereta bagi menarik perhatian orang dan menakutkan si penyangak yang mungkin memang sedang mengekori anda.
• Kunci pintu sebaik sahaja masuk ke dalam kereta.

Berkait: Increase of Rape Cases in Malaysia
Berjalan di kawasan sunyi
• Bagi kaum wanita,payung juga boleh digunakan sebagai alat untuk menyelamatkan diri – bukan daripada hujan,tetapi daripada serangan penjenayah.
• Jika diekori,pergi ke tempat yang ramai orang walaupun anda terpaksa menyimpang dari laluan sebenar.
• Sekiranya berada di dalam bangunan,guna lif untuk ke tingkat lain. Walaupun menaiki tangga adalah satu senaman hebat, tetapi ia bukanlah pilihan yang tepat sekiranya anda bersendirian. Kecualilah jka tangga itu berada di kawasan terbuka di dalam bangunan seperti di lobi/foyer.

Berkait: Women sexually harassed through erotic messages
Menaiki teksi bersendirian pada waktu malam
• Ambil nombor pendaftaran teksi yang anda naiki. Sebaik menaiki teksi, telefon ahli keluarga atau kawan anda untuk memberitahu mereka tentang teksi yang anda naiki. Sekiranya panggilan anda tidak berjawab,pura-pura sahaja bercakap di telefon supaya pemandu teksi itu tahu yang ada orang lain sudah tahu tentang teksinya dan sekiranya dia mempunyai niat jahat,tentunya dia akan berfikir berpuluh kali sebelum melakukannya.
• Jika pemandu teksi menyimpang dari laluan yang sepatutnya,jerut lehernya menggunakan tali beg tangan anda atau kolar bajunya sendiri. Tarik kolar bajunya sekuat hati kerana dia akan tercekik dalam beberapa saat sahaja.

Berkait: Casanova targets housewives
Sekiranya diserang
Malang tidak berbau.Jika anda tiba-tiba diserang,perkara paling penting adalah jangan panik. Otak kita tidak dapat berfikir dengan baik dalam keadaan panik. Ada beberapa tips untuk anda sekiranya anda diserang ketika bersendirian:
Attack anggota badannya yang tertentu. Mata,bahagian kemaluan,leher – ini adalah anggota badan yang paling lemah apabila diserang. Cucuk mataya atau sembur dengan pepper spray,tendang bahagian kemaluannya,jerut lehernya dengan sekuat hati.
 Tarik perhatian orang. Jeritlah “Api!” dan bukannya “Tolong!”. Orang ramai lebih tertarik untuk melihat ‘kebakaran’ daripada mendedahkan diri kepada risiko keselamatan jika mereka membantu orang yang meminta “Tolong!”.
Langgar pokok atau tiang jika tiba-tiba ada orang jahat masuk ke dalam kereta anda ketika anda sedang memandu. Ini akan menarik perhatian orang. Jangan bimbang, beg udara kereta anda akan menyelamatkan anda daripada kecederaan teruk. Kereta tiada beg udara? Adalah lebih baik cedera ringan daripada dicederakan dengan lebih teruk. 
Catit contact nombor yang penting contoh jiran tetangga,polis,bomba atau hospital untuk menyenangkan anda mendapatkan bantuan kecemasan jika perlu.
Belajar ilmu mempertahankan diri.Hadiri kelas mempertahankan diri bagi mempelajari tips atau cara keselamatan diri anda.
CCTV dan Alarm system di rumah.Bagi yang berkemampuan,laburkan sedikit duit untuk pemasangan CCTV dan alarm system dikawasan dan dalam rumah anda.Untuk memastikan ia lebih selamat sambungkan dengan Apps terkini bagi memantau keadaan rumah anda jika anda tiada dirumah.
Kes rogol

Elak pakaian Sexy dan mendedahkan.Ini adalah satu faktor utama penjenayah dalam kes rogol jika anda berpakain tidak cukup kain.so elakkan!

Semoga tips untuk keselamatan diri ini dapat membantu anda dan sama-sama lah kita berhati-hati walaupun dimana berada.Selamat membaca.:)

Jenis-jenis kecederaan lutut dan sendi






Lutut

Anatomi sendi dan tulang
 
Kecederaan Lutut yang Biasa
Ramai olahraga mengalami kecederaan pada ligamen lutut. Antara empat
ligamen utama di lutut, ligamen krusiat hadapan (ACL) dan ligamen kolateral medial (MCL) adalah kecederaan biasa berlaku dalam sukan. Ligamen kruciate belakang (PCL) juga boleh tercedera.

  • Kecederaan ACL
    Larian bertukar arah tiba-tiba, memperlahankan diri semasa berlari, dan mendarat dari lompatan boleh mengakibatkan ACL terkoyak. Atlet yang menyertai dalam ski dan bola jaring, dan atlet yang memakai kasut berpaku, seperti pemain bola sepak, adalah mudah terdedah kepada kecederaan ACL. Kecederaan ACL boleh dirawat secara artroskopik dan pesakit akan dapat kembali ke sukan dalam 9 hingga 1 tahun.
  • Kecederaan MCL
    Kecederaan MCL ialah biasanya disebabkan oleh pukulan terus ke bahagian luar lutut. Jenis kecederaan ini selalu berlaku pada sukan lasak, seperti ragbi atau bolasepak. MCL terkoyak selalunya dirawat secara konservatif dan ianya sembuh dengan cepat.
  • Rawan Terkoyak / Meniskus Terkoyak 
  • Ini adalah rawan lutut terkoyak, biasanya ia merujuk kepada meniskus terkoyak. Meniskus adalah kuat, rawan bergetah yang melekat pada ligamen lutut. Meniskus bertindak sebagai penyerap hentak. Meniskus terkoyak yang dibiarkan tanpa dirawat akan menyebabkan hakisan dan kerosakan pada rawan artikular. Rawatan untuk kecederaan meniskus adalah pembedahan artroskopi.

Wednesday, 19 November 2014

Bahaya sakit lutut berpanjangan


Lutut adalah sendi terbesar di dalam tubuh,Ia tinggi risiko untuk cedera.Antaranya adalah hujung bawah tulang paha (femur), dimana bergerak di atas tulang kering (tibia), dan tempurung lutut (patella), yang meluncur dalam alur pada hujung tulang paha. Lutut mengandungi ligamen yang besar, yang membantu mengawal pergerakan dengan menghubungkan tulang dan mendakap daripada pergerakan tidak normal. Satu lagi struktur penting ialah meniskus, adalah penganjal rawan yang lembut di antara femur dan tibia yang berfungsi sebagai kusyen kepada lutut dan membantu menyerap hentakkan semasa bergerak.
Struktur-struktur sendi


Kenapa  bahaya sakit lutut berpanjangan?

Jika sakit lutut dan sendi berpanjangan akan mengakibatkan geseran pada tulang sendi dan akhirnya terpaksa melakukan pembedahan.berapa kos pembedahahan? apa komplikasi pembedahan?adakah anda sembuh sepenuhnya? semua itu bergantung pada nasib seseorang.Tidak semua orang menerima nasib yang sama.

Punca-punca sakit snedi dan tulang berlaku:
  • Melakukan aktivit berat seperti angkat berat atau mengangkat barang berat.
  • Penggunaan "body mekanik" yang salah menyebabkan kecederaan dan terseliuh sehingga menyebabkan ligamen dan otot terkoyak semasa mengangkat barang.
  • Obesiti
  • Kecacatan anggota
  • Sakit sendi Arthritis
  • Sakit dari pangkal saraf (mengalami masalah saraf)
  • Penyakit tulang
  • Jangkitan kuman
  • Ketumbuhan
  • Penyakit kronik
  • Kesan kemalangan
  • Ubat-ubatan
Bagaimana nak elak berlaku sakit tulang dan sendi?
  1. lakukan senaman ringgan untuk menguatkan otot-otot.
  2. Diet yang seimbang.Gemuk salah satu faktor sakit sendi dan tulang sebab ia tidak dapat menampung berat badan menyebabkan anda rasa tumit kaki sakit dan penat.
  3. Pengambilan vitamin tambahan utnuk menguatkan otot tulang dan sendi.Contoh Shakle Advance Joint health,Ostematrik.Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang produk ini,sila rujuk pada entry saya dalam blog ni atau sila hubungi saya selaku pengedar shaklee berdaftar.
Facebook: Jane's health beauty secret
    Jennifermunan666@gmail.com

Syukur atas pemberian-Mu

Bersyukur bersyukur bersyukur! perkataan ini senantiasa melekat dalam minda saya apabila saya berjaya mencapai sesuatu yang diingini atau gagal mendapat apa yang saya target.Apa yang anda dan saya perlu? Bersyukur lah kepada Tuhan, tidak kira agama bangsa dan darjat.Saya sangat syukur atas pemberian-Mu.


"Syukur"
Saya sedikit berkongsi pengalaman saya dengan shaklee.dahulu nya saya hanya bergantung pada gaji saya sendiri untuk membeli barangan keperluan saya sendiri.Berkat daripada Tuhan,seorang rakan telah memperkenalkan saya bisness shaklee ini.YA memang ia sangat membantu saya dalam masalah kewangan dan masalah kesihatan saya dan keluarga saya sendiri.

Jika anda ingin keterangan lanjut dan ingin menjadi ahli keluarga Shaklee.Sila hubungi saya selaku pengedar Shaklee yang berdaftar.


Facebook: Jane's health beauty secret
    Jennifermunan666@gmail.com

"BuKu"

Entry kali ni berkisar tentang "buku".Mungkin semua antara pembaca blog saya ini banyak buku kegemaran masing-masing.Bagaimana pula dengan saya? Saya bukan jenis yang suka buku tapi saya suka dan gemar mencari maklumat terkini melalui "Mr.Google" menggunakan "Buku" a.k.a Ipad
"Buku"

Dengan adanya teknologi terkini,kita mudah senang dan cepat mencari melalui melalui internet via smartphone,ipad dan sebagainya. Ipad saya adalah "Buku" saya.Dengan ipad saya boleh membaca artikel-artikel dan berita terkini untuk meningkatkan pengetahuan tentang isu-isu semasa.Ipad juga senang dibawa dan ringgan berbanding dengan notebook.

Anda tidak mampu meli "buku" macam saya? Ini dapat membantu anda..Shaklee...Kenapa shaklee? hubungilah saya selaku pengedar shaklee berdaftar untuk berkongsi pendapat dan keterangan lanjut.
Facebook: Jane's health beauty secret
    Jennifermunan666@gmail.com

Ubat VS supplemen





Memang tidak boleh dinafikan bahawa ubat - ubatan untuk merawat pelbagai jenis penyakit yang dihidapi oleh manusia telah mengubah corak penyakit - penyakit yang membawa maut kepada manusia.Disini saya sedikit sebanyak berkongsi tentang ubat Vs supplemen.Dengan adanya pelbagai jenis antibiotik penyakit - penyakit yang sering membawa maut kepada manusia pada suatu masa dahulu seperti penyakit batuk kering , demam kepialu ( typhoid ) , lembab paru - paru ( pneumonia ) telah dapat dikawal. Hari demi hari jenis ubat - ubatan yang baru yang lebih berkesan untuk membunuh kuman - kuman bakteria , kuman parasit dan sebagainya telah berjaya dikeluarkan untuk kegunaan para doktor. 
pengambilan ubat memudaratkan anda
Pengambilan  pelbagai jenis ubat-ubatan



Menurut kajian hampir semua jenis ubat mempunyai potensi memberi kesan sampingan kepada seseorang pesakit. Kadangkala kesan sampingan itu tidak disedari kerana tanda - tandanya hampir sama seperti penyakit - penyakit seperti jangkitan - jangkitan , penyakit alahan ,dan sebagainya.Segelintir ubat - ubatan yang membawa kepada penyakit kulit , penyakit mata , penyakit hati (liver) , buah pinggang , penyakit sistem digestif dan membawa kesan urat - saraf. Kesan sampingan ini boleh disebabkan oleh terlalu banyak pengambilan ubat , kurang ketahanan kepadanya (intolerance) , Idiosinkrasi atau alahan.

Bagaimana pula supplemen 
Vitamin atau supplemen adalah makanan tambahan yang anda perlu ambil setiap hari.Setengah orang mempunyai persepsi yang negatif tentang vitamin tambahan.Ada juga pernah berkata" Saya ambil buah setiap hari so...saya tak perlu vitamin tambahan" 
supplemen semulajadi selamat dan sihat
Supplemen dari sumber semulajadi

Untuk mendapatkan Vitamin C yang mencukupi anda perlu makan 7 biji oren segar.Persoalannya....Mampukah anda???

Mengapa anda perlu uitamni tambahan?


Kurang pengambilan sayur-sayuran terutama sayur hijau.Terlalu sibuk dengan hal kerja sesetengah orang secara tidak sengaja akan skip makan sayur-sayuran.Yang seringkali makan luar pula,kita tak tahu cara pengendalian masakkan sayur tersebut dan sumber sayur segar atau tidak.

Kurang makan buah-buahan.Segelintir orang memang tak suka makan buah-buahan.so pengantinya adalah Vitamin.Segera dan mudah diambil.


Faktor usia.Untuk mengindari proses penuaan yang cepat,Vitamin membantu anda untuk anda kelihatan cergas cantik dan sihat.
  
Dan saya secara peribadi telah mengambil satu supplemen mungkin tidak asing bagi anda semua iaitu Shaklee produk.Ia telah diuji oleh saintis dan terbukti berkesan,selamat halal dan semula jadi.Jika anda ingin menempah/mengetahui lebih lanjut tentang produk ini.Sila hubungi saya selaku pengedar Shaklee berdaftar


“Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit”


Facebook: Jane's health beauty secret
    Jennifermunan666@gmail.com