 |
| Motivasi anda! |
Motivasi diri adalah salah satu resepi atau rahsia untuk berjaya, kunci kejayaan matlamat
dan impian semua orang. Ramai antara kita beranggapan dengan cara menulis impian saja dapat membantu teus anda berjaya.
Anda perlu tahu banyak langkah-langkah anda harus cuba untuk mendapatkan impian anda berjaya dan tercapai dnegan cemerlang.Antaranya ialah:
Mencipta Sokongan Keluar lepak santai bersama kawan yang boleh bantu. Anda
boleh
cipta sokongan dengan share apa yang anda nak buat dengan seseorang
yang anda fikir boleh support anda. Minta dia semak progress anda.
Secara tak langsung, anda dah ada motivasi dari luar dan ada seseorang
yang boleh ingatkan anda.
Mereka sentiasa
mengingatkan anda apa perkara yg anda nak capai dan kenapa anda nak capai perkara itu. Ia lebih berkesan daripada anda sentiasa dimarahi.
Cara lain yang berkesan adalah bina
group mastermind. Group ni
adalah sekumpulan rakan yang ada misi dan visi yang lebih kurang sama
macam kita. Dalam group ni, anda boleh bincang masalah dan cara nak
selesaikan masalah yg anda hadapi untuk capai target.Melalui Whatsaap group,Facebook dan sebagainya.
 |
| Peluang Untuk berjaya dalam tangan anda |
Vision Board Anda
Vision Board adalah
satu jenis koleksi gambar apa-apa perkara yang anda nak capai dalam hidup. Gambar itu ditampal pada dinding atau dalam jurnal
kecemerlangan anda supaya anda boleh tengok ia dan visualisasi /
bayangkan setiap hari. Minda kita merakamnya dalam gambar dan sebab
itulah Vision Board sangat berkesan dalam memotivasikan kita.
Contoh dengan memaparkan motosikal idaman anda di Wallpaper skrin handphone anda!
carilah gambarnya dalam
majalah atau mana-mana sumber dan gunting. Tampal pada Vision Board
anda. Biasakan diri untuk tengok Vision Board dan visualisasi /
bayangkan bayang anda dah capainya setiap hari.
Teknik ni sangat berkesan kerana
ia bantu untuk cipta keinginan
kepada apa yang kita nak capai dalam minda melalui penggunaan minda.
Lebih kerap anda fikir apa yang anda nak capai dalam hidup ini, lebih
tinggi peluang anda capai impian itu.
Dengan membayangkan anda memandu kereta idaman anda dan tinggal dalam
rumah idaman, anda akan terus rasa termotivasi serta-merta. Bukan
setakat gambar kereta dan rumah, anda boleh masukkan apa-apa gambar lain
seperti destinasi impian untuk dilawat. Cubalah apa-apa pun dengan
kreativiti masing-masing dan alaminya sendiri.
Catit Impian Anda SETIAP HARI
Jika anda tahu,terdapat satu cara
paling menarik yang boleh buatkan anda sentiasa termotivasi.
Culis target anda setiap hari.Hanya ambil buku nota kecil atau menggunakan handphone ipad dan tulis.lakukannya setiap hari. Anda akan
takjub dengan keberkesanan cara ini.
Apabila anda tulis setiap hari, anda sebenarnya mengingatkan diri anda
apa yang anda nak capai dalam hidup ni.
Anda telah mengambil langkah pertama untuk
tekad nak capai juga target
anda bila anda tulis ia di atas kertas. Jika anda bangun tidur terus
tulis target yang nak capai dan terus fikir bagaimana nak capai, boleh
bayangkan tak betapa hebatnya kesannya nanti?
 |
| capai impian dengan usaha gigih |
Sistem token
Guna token untuk motivasi diri anda. Sama macam konsep naik gaji boleh
motivate pekerja, begitu juga sistem hadiah untuk diri sendiri. Sebagai
contoh, jika anda boleh capai sesuatu dalam target untuk hari ini,
anda boleh hadiahkan diri anda dengan tengok wayang, main game, keluar dengan kawan dan lain-lain.
Bila guna strategi ini, anda dah set dalam minda bahawa
ada hadiah menanti jika
anda capai target. Macam-macam cara anda boleh reward diri sendiri,
ikutlah kreativiti sendiri. Tak semestinya kena berbelanja besar, tetapi
buat sesuatu yang menyenangkan dalam kemampuan anda sendiri selagi ia
boleh bagi motivasi untuk anda.Contoh,beli 1 handbag bonia untuk diri sendiri.
 |
| Katakan TIDAK dengan penyakit alasan |
Jadikan Kisah Orang berjaya Inspirasi anda.
Ia adalah cara effektif dan sangat terbukti untuk memotivasi diri sendiri.
Bacalah cerita-cerita inspirasi mereka yang sudah berjaya.
Sebab tu membaca adalah penting kerana bila anda membaca cara mereka
atasi cabaran dan akhirnya berjaya atas usaha anda sendiri.
Jika anda tidak suka membaca, anda boleh cari video. Boleh cari video
temuramah mereka di Youtube boleh juga memberi kesan. Anda juga boleh
temuramah orang-orang berjaya dalam industri anda dikalangan kawan-kawan
dan orang terdekat. Selidik cara mereka mencapai kejayaan dan anda juga
dapat capai seperti mereka.Ini lah yang saya lakukan semasa saya baru sahaja berjinak dengan produk shaklee.
Fokus
Fokus dalam membuat sesuatu.Untuk memenuhi kehendak manusia memang sukar jika tiada usaha yang gigih.Tidak salah jika anda perlu kerap berangan dan membayangkan pencapaian
yang anda kehendaki. Fikir sejenak tentang ayat-ayat membina yang memberi semangat, ia adalah motivasi anda. Kita mesti sentiasa ada target dalam minda
dan bersikap positif sepanjang masa.
Berdoa mengikut agama masing-masing
Anda perlu meluangkan masa sedikit untuk beribadah kepada Tuhan.Panjatkan kesyukuran dan mendapatkan berkat dari-Nya.Tidak kira apa agama sekali pun,saya percaya setiap yang berjaya disebabkan pertolongan dari Atas.
Oleh itu,saat suka dan duka anda perlu meluangkan masa "berkomikasi" dengan-Nya supaya kita sentiasa diberi berkat.
Jika anda ingin berkongsi kejayaan anda bersama Shaklee Family
Sila hubungi pengedar Shaklee berdaftar
Facebook: Jane's health beauty secret
Jennifermunan666@gmail.com